TAMBAH SPERMA SECARA SEMULAJADI
Baik suami mahupun isteri, ramai menyatakan kebimbangan, lebih-lebih lagi jika tidak mendapat anak walau sudah lama berkahwin. Dalam puluhan e-mel yang diterima, saya tertarik dengan e-mel yang bertanyakan ubat atau makanan untuk menambah kuantiti sperma.
Isi padu sperma yang keluar ketika klimaks berubah mengikut tahap rangsangan seksual, kekerapan persetubuhan dan umur.
Tahap rangsangan membuatkan anggota reproduktif lelaki itu mantap dengan kemasukan darah yang banyak dalam pundi prostat, cowpers dan seminal, kemudian dapat menghasilkan cairan yang banyak.
Lagi kerap lelaki itu bersetubuh, semakin kurang pengeluaran sperma, walaupun dia sangat terangsang ketika itu. Oleh itu, tidak hairan jika tidak bersetubuh dalam jangka masa lama, perasaan teruja semakin ketara dan penghasilan sperma juga bertambah.
Menyentuh aspek umur, pengaruh hormon testosteron memainkan peranan penting. Apabila tahap hormon menurun, rangsangan terhadap pundi-pundi tadi kurang, seterusnya jumlah sperma menjadi sedikit. Begitu juga sebaliknya.
Bagaimanapun, banyak keadaan boleh mempengaruhi jumlah sperma seperti makanan dan suplemen. Lelaki menghasilkan antara dua hingga enam mililiter (ml) sperma setiap kali pancut. Jika pancutan kerap, isi padu sperma boleh berkurangan sebanyak ½ ml atau hanya beberapa titik.
Air mustahak kerana ia juga boleh mempengaruhi isi padu sperma. Perlu minum air yang cukup sekurang-kurangnya empat liter sehari.
Selain itu, daging mengandungi pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Ikan tuna, ayam dan daging merah mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma.
Selain itu, tiram dan makanan laut mengandungi zink yang penting untuk penghasilan sperma serta keaktifan sperma. Kekacang pula bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium.
Bijirin seperti oat dan granola, buah-buahan seperti buahan citrus, bayam, brokoli, bendi dan asparagus juga elok dimakan kerana mengandungi asid folik.
Namun, jangan memperkecilkan keupayaan buah- buahan tempatan.
Buah nangka dan betik misalnya mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan. Pendek kata, semua buah-buahan dan sayuran menyumbang kepada isi padu, kesihatan dan kandungan sperma seseorang.
Selain itu, herba akar Tongkat Ali teruji secara saintifik oleh pakar tempatan bertujuan menambah isi padu sperma. Kesimpulannya, semua makanan dan suplemen yang saya utarakan diatas boleh diamalkan jika ingin menambah isi padu sperma berkualiti, baik untuk lelaki muda mahupun yang berumur.
Mungkin anda berminat menambah sperma dengan supplement.. KLIK!